Banyakkan solat Istiqarah dari solat Hajat
"Banyakkan solat Istiqarah dari solat Hajat"

Itulah ayat yang diucapkan oleh ayahandaku. Semuanya bermula ketika aku menceritakan tentang sebuah tazkirah yang disampaikan oleh seorang kakak STAM mengenai doa. Betapa pentingnya doa dan kita perlu percaya kepada Allah. Setiap kali berdoa janganlah kita berputus asa hingga ke akhirnya. Aku menecritakan seorang wanita yang menginginkan sesuatu dan selalu bersolat hajat tanpa berputus asa sehingga mendapat apa yang diimpikannya. Lalu, pesan ayahandaku untuk banyakkan solat Istiqarah dari solat Hajat.

Ayahku menerangkan kepadaku tujuan dan apa kebaikan solat Istiqarah. Solat Istiqarah bukanlah seperti apa yang orang fikir, iaitu memilih salah satu antara dua tetapi ianya untuk apa yang kita inginkan dan meminta Allah memilih yang terbaik untuk kita manakala solat hajat adalah jika kita inginkan sesuatu. Seperti contoh,

Aminah sentiasa solat Istiqarah untuk memilih antara dua jejaka. Satu yang memang sudah sedia dengan ilmu agama Islam manakala seorang lagi masih memerlukan bimbingan tentang ilmu agama Islam. Aminah solat kerana mahu Allah memberinya apa yang terbaik kepada dia. Akhirnya dia memilih seorang yang masih memerlukan bimbingan tentang ilmu agama Islam atas ilham yang Allah berikan. Hikmahnya, Aminah dapat membimbing suaminya tentang Islam dan hidup aman bahagia

Cuba kita fikir, kalau Aminah solat hajat mahukan lelaki yang sudah sedia dengan ilmu agama Islam itu,  kemudian dia mendapatnya nescaya yang seorang lagi itu akan terkontang kanting hidupnya tanpa bimbingan yang diperlukan. Jadi di sini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa mintalah Allah memeberi yang terbaik kepada kita dan bukan hanya meminta apa yang kita mahu.

Saya tidak menyatakan bahawa solat hajat itu tidak baik atau tidak boleh dilakukan tetapi cuma BANYAKKAN solat Istiqarah berbanding solat Hajat.

p/s: kalau ada salah apa-apa sila tolong betulkan. Saya tidak mahu menyeleweng apa-apa.^^v

new past