Triplets?!
A BIG ASSALAMUALAIKUM TO YOU ALL!

So today's topic is triplets.
Okay.
Kenapa?
Sebab this year, 
the third person named MAWADDAH,
appeared in my life!
I mean budak out of SMAH la.
tp kali ni nama dia nama yg org duk pggl saya,
MAWADDAH WARAHMAH,
lg terbaek bile,
nama ayah dia nama KT kelas.
okay.
tak kesa pon.

Actually, excited bila ada yang sama nama, sebab orang nama Mawaddah ini agak RARE ya. 
Well saya ada kenal sorang budak nama Mawaddah jugak. Orang panggil dia Mawar. Kami jumpa di alam maya and kami bahasakan diri sebagai twin! Sebab sume benda pasal kami sama! Nama, birthday, no dlm kelas, perangai, sume same!
mcm AMAZING gile waktu jumpa dia ! Mmg kami mcm fotostat je ! 
Anyway, that junior of mine tu debater and netball player. mmg terer ar.
Rase mcm duk dlm shadow dah bila dia dtg haha. 
tak kesala.
Saje je, excited ade org nama sama :D
Tapi serius ah, tak suka kalau kawan2 pggl saya lepas tuh tmbh warahmah di blakang. Mgkn saya dapat rasakan perbezaan atas  kehadiran nama itu?


Anyway, bukan itu main point saya nak sampaikan disini.
Sama mana pun seseorang manusia itu dengan seseorang yang lain, Allah ciptakan setiap sesuatu berbeza dengan kebolehan dan kelebihan masing-masing. Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Buatlah muka sama, perangai sama, nama sama tapi yang pasti kelebihan masing-masing berbeza.
Hatta yang kembar pun ade perbezaannya walaupun kadang2 kita tak cam yang mana satu. Lagi2 kembar 3 ke 4 ke lagilah byk perbezaan.
Sesungguhnya manusia semuanya unik tidak ada yang biasa. Pendek kata,
ANDA LUAR BIASA!

Janganlah rasa TERLAMPAU merendah diri. Setiap dari anda ada kebolehan masing-masing. Ya, saya tahu pasti anda rasa kebolehan anda itu tak patut dibanggakan pun. 

Ingat ni,
Kebolehan yang dipandang sekecil zahrah pun boleh menjadi penyumbang kepada perkara yang besar. Tanpa perkara sekecil zahrah itu, tidak mungkin akan terjadinya perkara yang besar itu.
Sebenarnya, padangan masyarakat skrg yg membuatkan kita merendah diri. Persepsi mereka terhadap sesuatu kelebihan. Kandang2 ia merupakan suatu kelebihan yang menakjubkan tetapi kerana persepsi masyarakat skrg, kebolehan itu dipandang remeh.
Contoh paling dekat, orang yang akademik hebat lebih pandai dari orang yang lebih kepada artistik.
Itu hanya persepi masyarakat skrg. Orang akademik hebat tetap tidak boleh jadi artistik macam orang yang artistik. Bukankah itu menunjukkan kita di level yang sama?
kadang2 tu, kebolehan sama2 hebat cuma salah satu tidak menonjol. Bak kata orang, di sebalik tabir gitu.  


Sungguh, setiap sesuatu yang kita miliki itu adalah milikNya. Jadi, janganlah terlampau menilai orang dan melabel orang. Oleh itu, janganlah bersedih dan rasa down dengan diri masing-masing. You have what other people doesn't have. You just have to find out and brush it and shine it!

sekian, wabillahitaufiqwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh 

SPM 11A+ INSYAALLAH!!

new past