Bukanku Mahu Kelemahan diriku
Assalamualaikum,

Sejak belakangan ini, banyak perkara yang berlaku. Peperangan di antara kehendak hati dan minda. Biasanya pada diri ini, hati yang menang.

Jam sudah menunjukkan pukul 1:20 pagi. Diri ini tak boleh tidur, mungkin terlalu penat memikirkan soalan fizik tadi terus tersekat otak ni. Namun, bukan itu sahaja. Memikirkan kelemahan yang ada pada diri ini.

"Saya tidak tahu mengapa, tetapi saya bukannya baik di pandangan orang. Saya rasa saya tidak pernah niat jahat terhadap orang. Saya rasa saya selalu dipandang rendah. Saya tahu saya punya banyak kelemahan tetapi tak perlulah nak pandang rendah pada saya. Saya tahu saya punya kelemahan tetapi bukan saya mahu semua itu.

Anda semua pernahkah fikir, kalau saya selalu termenung memikirkan kelemahan diri dan tertanya-tanya kenapa kelemahan itu tak dapat dibuang dengan mudah? Pernahkah anda fikir saya sangat terdesak untuk menukar personaliti saya kepada yang lebih baik? Pernahkah anda fikir perasaan saya? Mengapa hanya saya yang memikirkannya? Apa salah saya pada anda? Adakah saya ini nampak sangat teruk? Jarang sekali saya berprasangaka, kerana saya fikir anda semua baik dan saya tidak.

Namun, saya juga percaya saya ada maruah saya sendiri. Saya tidak mahu berdiri atas name orang lain. Saya mahu orang mengenali dengan nama saya. Bukan dengan nama orang lain. Seolah-olah saya tiada identiti yang jelas. Saya tidak faham, saya sudah cuba buat yang terbaik, tetapi mengapa orang masih lagi menilai saya? Mengapa seseorang itu perlu menilai seseorang yang lain hanya dengan satu kejadian? Mengapa mereka tidak pernah untuk cuba mengenali diri saya dan barulah menilai saya.

Saya pada pandangan orang sangat tidak menyenangkan. Saya sendiri tidak tahu mengapa. Adakah salah saya? Jika ada, beritahulah saya. Sampai hati anda semua meninggalkan saya terkontang kanting di sini.. Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Adakah kerana saya tidak mempunyai rupa paras yang cantik? Atau saya sangat tidak matang? Atau saya ada cap pada dahi saya "Budak yang wajar tidak disukai" ? Adakah personaliti saya membosankan?

Saya bukan apa, tidak mahu jadi perigi yang mencari timba. Sudah banyak kali saya menjadi perigi. Mengapa tidak ada pun yang sanggup jadi perigi saya? Anda tidak sukakan saya ? Mengapa?"

Saya harap anda semua dapat memikirkan semula apa yang ditulis. Tidak, jangan salah sangka pada saya. Post ini bukan tentang saya tetapi kemungkinan pemikiran seseorang yang menungkan nasib hidupnya. Reflekslah diri itu sebelum pandang ke tempat lain.

new past