Sekian Lama
Assalamualaikum !WAHAHAHA ! rasanya dah lama tak sentuh blog ni. Isk3, dah berdebu baik punya ! Saya pergi bersihkan dulu ya.
/bersihkan blog
Okeh! Segalanya sudah seperti sedia kala. Nanti ada theme lain yang lebih menarik minat saya yang bakal dgantikan dengan theme yang amat buruk ini. Jadi, tunggulah ya !
Dah 7 bulan tak update. Lamanya ! Saya tahu insan yang bernama Isna Akhida Fairuza tak sabar nak tunggu saya update lebih2 lagi dalam bahasa ibunda HAHA. Yalah, saya pakai bahasa inggeris kadang2 sahajalah. Pakai ayat skema saja disini HAHA.
Oh ya, disamping ini saya nak kongsi sedikit kisah nak balik kampung ketika raya puasa lebih kurang 3 bulan dahulu HAHA.
Kami kira2 pukul 9 pagi dah nak bertolak ke Terengganu tempat di mana Tok saya tinggal. Yalah, perjalanan 8 jam takkan nak tolak malam kot. Mampus kering dalam kereta tuh rasanya. XD Jadi kami bertolak dengan kereta Matrix pada pukul 12 gitu. Tak sempat nak tolak pukul 9. (Agak2la sket, awal sangat tu) Jadi kami dah sekerat jalan tiba2 kereta rasa panas sangat. Kebetulan dekat dengan bengkel, singgahlah kejap. Setelah bersembang2 ngan mat bengkel tu, rupa2nya ada la paip bocor dalam kereta tu. Tak selamat nak bawa balik lebih2 lagi pergi Terengganu. Jadi Ibu saya yang sangat pandai sudah pun menyuruh abang saya seorang yang tidak pulang membawa kereta satu lagi iaitu Peugeot dan suruh tambah minyak sehingga penuh. Kemudian kami pun mengalih segala bende mak nenek dari kereta Matrix tu ke dalam Peugeot. Cey, konon dah selamat haha.
Kami pun tinggal kereta tadi di bengkel dan naik kereta Peugeot setelah penat lelah angkat semua barang2 tersebut. Nasib baik ada seorang lagi abang yang ikut balik kalau tak mampus kering saya angkat barang2 sorang. Jadi apabila kami dah sekerat jalan, ayahku berasa tidak sedap hati. "Bunyi kereta macam motorboatlah" YaAllah! Motorboatlah pulak ! Jadi kami berpatah balik ke rumah kerana kondisi kereta yang memang agak tidak sihat itu. Abang saya memberi cadangan untuk memakai keretanya pula. Kami pun balik dan alih barang2 yang banyak gila tu kat kereta abang. Sekali tengok Road Tag, nak expired esok hari. Gilalah! Terus tak jadi ! Ayah dengan abang nak pergi renew waktu tu tapi pejabat tutup.
Mula2, ibu saya tak jadi nak balik dah. Dah tak ada kereta. XD waktu itu dah pukul dua. Isk3. Jadi ayah saya mencari ikhtiar lain; cari kereta sewa. Abang2 saya bertungkus lumus cari kereta. Semuanya hampeh. Akhir sekali, ayah saya terpaksa bertanyakan kawan kalau ada yang boleh memberi kereta mereka untuk dipinjam. Adalah seorang pakcik tu rajin bagi salah satu keretanya untuk dipinjamkan kepada orang lain. Tapi dia beritahu ayah saya kereta yang biasa dipinjamkan itu sudah dipinjamkan kepada orang lain. Tapi pakcik itu masih lagi mahu menolong dengan memberi pinjam kereta isterinya. Honda civic. Wah, kereta baru pula tu. Mulia sungguh hati pak cik ini. Isterinya pula tidak kisah. YaAllah memang dibantu ketika itu.
Jadi akhirnya kami bertolak memakai kereta kawan ayah. Kami pun alih lah barang2 yang banyak tu. Kami sampai di Terengganu agak lewat malam tapi Alhamdulillah sampai juga.
Tapi saya tahu pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hehe saya suka kerana ianya agak adventurous HAHA. tak pernah dalam sejarah kena begini XD Dugaan Allah itu dihadiahkan dengan kebahagiaan diakhirnya. Itu yang lebih penting.
Oklah setakat ni sahaja :)
wslm.
p/s: KAK ISNA SAYA SUDAH UPDATE ! AHAHAHA
new past

