Tazlog : 3 Panahan Syaitan
Pada Jumaat malam yang lalu, saya telah menghadiri bulatan gembira kami. Ahaaaa, yang dipegang oleh Kak Emi aka my own sister. muehehehe. Dia cool, sporting yet strict. Bagus, takdelah saya melalut sangat time usrah haha. 

Kami buat tilawah Surah Ali Imran. Habis semua tilawah, K Emi mintak salah sorang dari kami beri kupasan dari salah satu ayat. Saya memang dari dulu terkesan dengan satu ayat ni, ayat ke 8 surah Ali Imran. 

Mafhumnya,

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Kita tak tahu apa yang akan jadi pada kita pada masa depan. Iman kita turun naik, kita tak tahu sekuat mana dan bagaimana keadaan kita nanti. Sedangkan seorang wali boleh meninggal dalam keadaan kufur, apatah lagi kita yang amalan memang tak boleh dibandingkan dengan seorang wali? Saya konfemlah tak dapat tandingi. Mungkin anda semua lain idak? hehe.

Kak Emi kata, kenapa orang biasa rasa berat gila nak baca Al-Quran... sebab dia tak nampak the beauty of Al-Quran itu sendiri. Dia hanya nampak AQ sebagai satu mashaf yang sangat tebal dan tak paham langsung. Kalau tak paham, buat apa baca kan?

Haaaa, itulah yang istimewa dengan AQ sebenarnya. Dia memerlukan pentafsiran dari Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan ijtihad para mujtahid untuk memahami isi2nya. Jadi kita sebagai hamba Allah yang mulia di sisinya, perlulah menuntut ilmu. Sekadar berdiskusi di dalam usrah pun dah buat kita nampak kecantikan dan keindahan AQ itu sendiri. Di sebalik mashaf yang tebal tu, ibarat puisi yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat yang memerlukan pemikiran. Kan Allah dah berfirman, orang yang memahami ayat dia ialah orang yang berfikir.

Oh, ni tak masuk lagi main point. LOL melalut bagai.

mari kita pergi ke topik sebenar, K Emi dengar kat radio IKIM pada Jumaat petang mengenai 3 panahan syaitan. Ok, tau atas tu gambar cupid tapi sesuai la kan? haha.

Panahan pertama: Al-Kasal, Malas
Ini serangan biasa. Serangan paling awal. Ramai yang mengalami serangan ni. Malas untuk melakukan sesuatu ibadah tu, biarlah simple mana pun ibadah tu, solat sunat ataupun sedekah. Syaitan mendatangkan sifat malas kepada kita supaya kita tidak melakukan kebaikan.

Panahan kedua: Al-Masal, Jemu
Serangan kedua ni bertambah bahaya. Kita berasa jemu dengan rutin harian kita yang baik2. Contohnya, kita suka baca mathurat atau lakukan solat sunat setiap kali sebelum atau selepas solat. Kita rasa cam, Alaaaah, dah biasa buat. Bosan kot. Makin lama, makin kita mengurangkan amalan kita pastu tros stop.

Panahan ketiga: An-Nadam, Kesal
Ini serangan paling bahaya buat semua. Serangan terakhir dari syaitan. Kita berasa kesal dengan kebaikan yang telah kita lakukan atas sebab ketinggalan something yang keduniaan. Contohnya, "Alaaaaah, kalau aku tak sedekah tadi dah dapat dah beli skirt comel ni satu" Perkara ni sangat sangat sangat bahaya. Bygkn, kita buat benda baik, tapi kita menyesal? Dah parah tu.

Jadi konklusinya di sini, kita perlu ISTIQAMAH. InsyaAllah dengan Istiqamah kita boleh melawan tiga panahan syaitan di atas. Kita juga perlu TAHU TUJUAN iaitu kerana Allah. Kita juga perlu PERCAYA Allah kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti ada ganjarannya kelak yang pasti kita tidak akan menyesal melakukannya.

Okay jadi itu sahaja bebelan saya pd harini. Terima kasih kerana sudi membaca. 
with love, mawmaw

p/s: Exo nak wat comeback 31 Mac ! Yahoooo ! LOL

new past