Tazlog: Silaturrahim dan Ukhuwah
As requested from Aiza, saya buat post ni.
Sharing dari apa yang kami dapat dari bulatan gembira kami baru2 ini.
Silaturrahim dan Ukhuwah.
Kami membaca satu hadis berkaitan dengan topik silaturrahim. Maaf Aiza, tak jumpa plak hadis tu kat sini. Hehe. Tapi dalam Hadis tu, ada sahabat Nabi Muhammad SAW tanya, Wahai Rasulullah, apakah amalan2 yang boleh membawa kita ke syurga? Semua sekeliling Rasulullah tertanya-tanya, apakah dia? apakah dia?
Rasulullah pun jawab, tapi salah satu dari jawapan Rasulullah ialah, menghubungkan silaturrahim.
Tapi persoalan dia di sini, bukanlah bagaimana kita menghubungkan silaturrahim atau bagaimana nak pupuk ukhuwah sesama sendiri. Kita pasti akan berikan jawapan yang sangat ideal dengan keadaan kita yang agak senang sekarang. (buat yang masih belum memasuki universitilah)
Persoalan pertama ialah, bagaimana kita menghubungkan silaturrahim dengan orang yang lain kefahaman atau lain backgroundnya dari kita? Sekarang kita boleh lah cakap tegur jelah cam biasa, buat usrah bagai. Sebab kita dalam keadaan yang ideal. Bersama kawan2 yang dari dulu satu kefahaman. Nanti macam mana dengan orang luar?
Persoalan kedua ialah, apa kaitan silaturrahim dengan ukhuwah? Silaturrahim tu memulakan satu perhubungan. pastu ukhuwah? apa plak kaitan dia? bukan same je? ukhuwah tu satu friendship bond yang dimulakan dengan perhubungan silaturrahim tadi. Bagaimana nak jaga ukhuwah tu? biasa kita akan jawab, selalu contact dia, datang lawat dia. tapi skali lagi saya nak cakap, tu semua jawapan ideal kerana kita berada di zon selesa. Kat universiti nanti kita jumpa macam2 jenis orang. macam mana kita nak maintain ukhuwah dengan mereka tu?
Kak Emi tinggalkan camtu je persoalan kedua sebab nak suruh kami berfikir. Kak Emi pesan, memang susah nak berhubung dengan orang luar ni. Kefahaman lain2. Kak Emi tanya lagi, macam mana kita nak campur dengan orang2 yang perangainya, masyaAllah, memang bi'ah yang sepatutnya kita jauhkan diri tetapi kerana kita ada tanggungjawab sebagai seorang Dai'e, kita perlu mendekati mereka. Macam mana nak maintain jati diri kita ni?
Dalam kita mendekati mereka, kita juga kena mendekati orang2 yang mementingkan bi'ah solehah semua tu supaya kita terjaga dan usrah tu wajib sebab usrahlah tempat kita ceritakan masalah2 kita. InsyaAllah terjaga. Sebab tu kalau pergi universiti, kena cari usrah and pandai2 buat bi'ah sendiri. :)
Rasanya setakat tu kami cover utk usrah baru2 ini. :) Mmg bincang pasal silaturrahim ni je.
Pernah seorang Imam (saya tak ingat sape), sanggup menghubungkan silaturrahim dengan memijak kaki salah seorang dari penumpang bas supaya dapat memulakan perhubungan dan seterusnya berdakwah. Haaaa, hebat kan? Menarik juga :)
Sekian,
mawmaw
new past


