Adios 2010! Olla 2011! ;)
Assalamualaikum!

Ya, saya berbalik kepada Bahasa Malaysia.

Sekarang sudah pukul 10.20 malam 5 Januari 2011. YaAllah sekejap masa berjalan. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru. Serius, tak rasa macam sempat nak merasakan tahun 2010. Merasakan diri yang menjejaki tingkatan tiga. Rasa macam tak cukup. Sedar-sedar dah masuk tingkatan empat. PMR pun dah lepas. Alhamdulillah rezeki saya dapat keputusan yang cemerlang. Tak dapat hadiah saja lagi. HAHA.

Tahun baru bermakna bumi semakin tua. Semakin tua, semakin hampir dengan kiamat. Rasulullah pernah bersabda bahawa jarak antara waktunya dengan kiamat hanya dua jari sahaja iaitu jari telunjuk hingga jari tengah. Betapa hampirnya waktu itu. Jadi marilah kita berebut untuk beramal !

Tidak mengapa, tahun baru bukannya sesuatu yang menakutkan malah sesuatu yang menggembirakan. Lihatlah pada 12 tengah malam pada 1 Januari 2011 bunga api yang meletup di langit. Megahnya mereka menyinari malam yang suram dengan pelbagai warna dan cara. Ramai yang menyambut tahun baru dengan baik. Banyak kebaikannya. Kita boleh membuat resolusi bagi tahun baru demi memperbaiki diri kita. Mempunyai semangat baru! Ya! XD tahun baru juga memberi kita peluang untuk melupakan perkara-perkara yang sudah lepas dan memulakan hidup yang baru. Tahun baru, azam baru. Tahun baru, diri baru. Tahun baru, ilmu baru. Tahun baru, kenangan baru. Tahun baru, pengajaran baru.

Apakah resolusi 2011 anda? Saya? Rahsia ;)

TAHUN BARU SEMANGAT BARU! TINGGALKAN DIRI ANDA YANG LEMAH DAN BERMOTIVASI RENDAH ITU! JADILAH SEORANG INSAN YANG LEBIH POSITIF TERHADAP DIRI SENDIRI!



sekian, wasalam.

new past