Alhamdulillah rezeki itu luas :)
Assalamualaikum.

Apa khabar semua?! Okay bosan gila soalan. haha
Memandangkan blog ni dah macam nak runtuh, saya buat makeover.
Kalau dah makeover, kenalah ada tindakan seterusnya, update!
Honestly, saya takde topik pun nak buat tapi sharing experience is the best thing right?

Rezeki Allah itu luas!
SPM 2012 Result
Okay, lapok gila cerita pasal SPM ni. Tapi saya tak pernah sentuh bab nikan?
Hehe sekarang saya sentuh. 
Menanti dengan penuh debaran.
Berdoa setulus mungkin supaya diri ini redha dgn apa jua keputusan.
Takut result kita ni akan bawa kita ke mana.
Namun, kepercayaan kepada Allah tetap ada pada diri.
Alhamdulillah, result saya average. Dapat piala perak lagi :)
Keputusan saya, 8A3B. Alhamdulillah, bersyukur sangat.
Saya tahu, saya tak layak dapat result macam tu.
Walaupun saya tak dapat straight As, saya percaya rezeki Allah itu luas.
Tanpa result macam ni, saya tak tahu hala tuju saya lepas ni macam mana.
Rezeki tidak semestinya, benda yg kita nak, tapi benda yg kita perlu.
Terima kasih Abg Deen kerana mengingatkan kami utk berdoa supaya redha.
Allah betulbetul makbulkan doa saya.
Saya tak pernah sesal. Walau sekali pun pasal dpt result mcm tu.
Mungkin harapan mak ayah runtuh sedikit.
tapi perjalanan masih jauh, masih banyak liku. sedikit sebanyak boleh bina balik.
Bila runtuh, bina balik. Takde cara lain.
Saya ada gambar graduasi utk korang. Ahaks.
comel tak? bahahahaaha.


Scholarship
8A3B nak mintak scholarship? layak ke?
Sekali lagi, Rezeki Allah itu luas!
Memandang result saya tu macam cukup2 makan je, bank negara saya tak lepas.
Jadi list scholarship yg mintak, Maybank, MMC, and MARA.
Saya nak ambil Islamic Finance pada asalnya tapi byk cerita pulak.
Kalau tak dapat sponsorship dari ketigatiga ni mmg saya masuk UniRazak.
At least ada yayasan cemerlang. haha.
Tapi saya tetap ambil bidang finance dari ketigatiga yang saya minta tu.
Tapi, Maybank and MMC tak layan saya sebab result saya yg lebih kurang tu.
To me, Allah has planned everything right from the beginning.
Kita usaha sudah, doa sudah, tawakkal sudah.
So this is the bestkan?
Tunggu MARA je.
But,
Unbelievable!
I was accepted for the interview(well more accurate, iq test) despite my average result!
Anyway, saya mintak Finance di USA since that was the only course that,
doesnt need AddMath to be grade A, and I can still fly.
I was accepted for my first choice for the iq test.
Maka, saya harungilah iq test tu.
During the day of the result, selepas penat menunggu (asyik tangguh je),
saya saket perut, tengah jalan2 kat Aeon haha. Memikirkan nasib.
Sebab UPU tak dapat Universiti and course yg minat.
Takut nak harungi benda yg lepas semula.
And saya balik, to know that the site was jammed. haha.
Time tu dah hilang debaran and mom always reminded me,
"Kalau dapat, Alhamdulillah, kalau tak dapat pun, Alhamdulillah"
It really calmed me a lot.
Igt tangguh sampai 11 malam. Sekali sepupu call cakap dia dapat. 
Mak saya gesa saya bukak time tu jugak,
baru nak rasa redha tak dapat, sekali,
Alhamdulillah! Saya dapat!
But the weird thing was, saya terkesima sekejap.
Betul ke dapat sebab bukan macam yang saya apply.
Baca dua tiga kali. Memang saya dapat. haha.
Terus kecoh whatsapp, twitter, fb bagai.
Apa yang saya dapat lain,
Accounting and Finance, UK.
Persediaan di MKIC, kolej baru.
A-level!
But the thing was, course ni kelayakan dia kena ada A dalam prinsip perakaunan!
Saya subjek tu pun tak ambil!
Sekarang saya nampak, Allah has planned right from the beginning for me.
Cantik Allah susun.
From pindah sekolah to my result to applying course and scholarship.
Manusia merancang dgn cita2, Allah merancang dgn cintaNya.
Allah, hampir titis air mata akan rezeki yg Allah dah susun.
Tak nafikan, pasti ada kesusahan yg saya kena harungi kat MKIC nnt.
Tapi itulah jalan tarbiyyah yg terbaik buat saya yg Allah susun. InsyaAllah.
Moga saya mampu menggalas apa yang Allah sudah berikan pada saya!
yg terkini. tarikh masih belum ditetapkan lagi.

tolong doakan yang terbaik buat saya. doakan saya berjaya bersama rakanrakan lain.
tak lupa juga kepada kawankawan lain yang mendapat universiti dan scholarship,
Tahniah! Manfaatkan nikmat yang dapat!
buat yang masih menunggu, jangan resah dan gelisah.
Percayalah kepadaNya, hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Don't lose hope, for Allah is always with you. Believe in Him, you'll find peace.

xoxo,
mawmaw


new past