Dream High !
Never Stop Believing. Dreams Really Do Come True So Aim High!
Assalamualaikum semua ! Berbalik kepada bahasa Melayu ! hahah. sebenarnye post ini patut dipost sblm cries. tetapi oleh kerana beberapa sebab yg munasabah, saya tidak dapat meneruskannya dan terpaksa menangguhkannya.
Berbalik kepada cerita. Ayat di atas sgt menyentuhi hati saya. Ayat ini adalah drpd seorang yang cepat berputus asa. Dia sangat cepat berputus asa hingga hampir membunuh diri. Sayang, dia ini terkenal di sekolahnya dan semua orang menyukainya.Pemikiran itu lahir apabila dia sudah banyak kali gagal dalam uji bakat. Dia tidak jadi untuk membunuh dirinya kerana melihat ibunya yang menangis teruk melihat keadaannya.
Oleh sebab sayangnya dia kepada ibunya, dia berubah. Demi diri dan ibunya. Terkejut juga mendengar cerita ini. Namun sekarang dia sudah berjaya dan meneruskan kerjayanya. Cuba fikir kalau dia bunuh diri? Pasti tak dpt kerjaya yang dia nak. Kita tak tahu masa hadapan kita. Janganlah putuskan bahawa bunuh diri adalah penyudah segala-galanya. Kita tak tahu apa yg menanti kita. Setiap orang ade rezeki masing2. Hidup ini mcm2 boleh buat dan kita penentu masa depan kita. Dugaan sebenarnya mengajar kita utk lebih berusaha dan bertawakkal kpd Allah bukan utk membunuh diri.
Jadi saya percaya, kerana insiden yg berlaku pada orang ini yg membuatkn dia mempunyai motto berikut. Jangan berhenti mempercayai. Impian memang akan menjadi kenyataan jadi bercita-cita tinggi ! Atau sasar tinggi ! XD HAH ! itu yg membuatkan dirinya sampai sekarang masih hidup.
Oleh sebab ini, saya juga percaya bahawa impian saya yg saya simpan ini akan tercapai. Saya pernah terfikir bahawa impian saya ini SANGAT SANGAT mustahil ! Tetapi kerana ayat ini dan kegigihan orang ini sendiri, saya percaya bahawa tiada yang mustahil. Yang ada hanyalah kesusahan utk mencapainya tetapi tidak pernah mustahil.
Jadi, gunakanlah kehidupan ini sebaik-baiknya dan janganlah memutuskannya dengan membunuh diri. Allah murka dgn org yg membunuh diri ini. Orang Islam bukan orang yg mudah berputus asa. Kerana itulah, apabila ditimpa dugaan kita kena berdoa kepada Yang Maha Mengasihani iaitu Allah SWT. Allah sentiasa ada utk kita. Tanggungjawab kita utk pergi kepdnya. Untuk mencapai sesuatu, kita kena berusaha. Seperti ayat USAHA TANGGA KEJAYAAN. Kita kena yakin bahawa Allah akan menolong hambaNya yang meminta kpdnya. Sentiasalah berdoa kpdnya. Kita semua tahu, tak semua benda kita dapat kan. Berpeganglah pada ayat ini,
"Tidak semestinya perkara yang kita suka itu baik utk kita, dan tidak semestinya perkara yg kita tidak suka itu buruk utk kita. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui."
Popular kan ayat ni? Jadi, never lose faith ! Do what you got to do ! There are many chances in life, just take and go! Try before you really quit! Chase your dreams ! :D
sincerely,
wadah
new past

