Saranghaeyo Ilmu
Saranghaeyo Ilmu.

Sebentar tadi, saya dan sahabat baik saya, Farah Mardiah bincang pasal course yang kami bakal ambil.
Ceritanya bermula apabila Farah dapat tahu tawaran MARA last minute, sebab pada asalnya, dia tak dapat. 
Dia mendapat course Computing and Engineering di University Malaysia of Computer Science and Engineering, Unimy. Universiti ini baru.
Pioneer batch doeee. haha.
Faciliti baik. Tempat baru. Penginapan terbaik.
MARA scholarship.
Okay, perfect gila.
Nak jadi ceritanya, Farah ni mmg minat Addmath. Course ni mmg byklah addmath dia tu kan. jadi, saya bajet dia nak lah. haha.
Mmg perfect, everything is falling into it's place.
Sekali dia, reject.
Terkezut den!
Sekarang ni dia tengah prepare nak pergi Mesir for Farmasi.
Yg asalnya dia tak minat. 
Mmg dia nak yang kira2 je.
Jadi tny kenapa tak nak,
dia jawab, "tak suka ngadap komp"
Saya pun jadi macam -_____-
Best kot komputer! Haha.
Dia lebih rela ngadap buku bio apa sume. Hah.

Yang best, dia dah pernah bersumpah tak nak Bio and seangkatan.
Tapi bila course yg ade subjek yg dia minat, dia tolak mentah2.
Sama macam saya, dah bersumpah takkan jumpa accounting and math.
Sekali, itulah yang saya dapat.
Itulah yang saya ambil.

Kami meneruskan perbincangan. Secara jujurnya, saya macam tertekan dia tak ambil benda yang dia minat dgn hanya alasan tak nak ngadap komp. =.='
Tapi saya tahu, minat perlu ada, keyakinan perlu ada.
Jadi saya cakap jelah layan saya merepek supaya dia tak tertekan. haha.
Dia nampak yakin kepada farmasi yg dia kena ambil tu.

Dia cakap kat kami, 
"Doakan supaya kita tak menyesal, kita paling takut menyesal."
Ayat dia menakutkan saya jugak XD
Sebab saya ambil benda yang luar bidang minat. 
Apa yang buat saya bertahan adalah dgn ada jaminan utk meneruskan ke arah Finance. 


Saya pun tak nak menyesal.


Jadi, saya terus teringat mengapa kita semua menuntut ilmu.
Kita menuntut ilmu untuk membantu iman, islam dan Allah.
Kita menuntut ilmu untuk membantu Ummah.
Kita menuntut ilmu sebab dia WAJIB.
Kita menuntut ilmu sebab dia adalah satu JIHAD.
Darjat orang yg berilmu lebih tinggi dari orang jahil di sisi Allah.
Seperti firman Allah swt,
“Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujadilah : Ayat 11)
Seperti hadith Rasulullah mengenai ilmu dan jihad,
Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka ia dianggap sebagai orang yang berjihad fi-sabilillah sehingga ia kembali." 

Dan juga seperti, Rancho dalam 3 idiots yang tak putus2 masuk kelas walaupun dia ditendang keluar.
Punya CINTA dia kepada ilmu. 


Saya terus je sedar, tak kiralah ilmu apa pun, kita sebagai hamba Allah kita kena cintakan ilmu dan kutip sebanyak mana yang ada.
Campakkan kes minat tu dahulu.
Kalau itu yang terbaik yang Allah dah susun.
Memang kena tanam sifat cinta pada ilmu.
Mungkin itu yang Allah nak ajar pada saya.

Jadi doakan perjalanan Alevel saya berjalan dengan lancar.
Doakan saya jadi seorang pecinta ilmu.
Doakan saya istiqamah dalam menuntut ilmu.
Doakan saya mampu berjihad melalui menuntut ilmu.
Doakan saya tetap dgn jati diri saya.


Ilmu, Saranghaeyo.

new past